
Mohd Khairuddin digugurkan AJK PAS
KUALA LUMPUR 14 Jan – Datuk Dr Mohd Khairuddin Razali digugurkan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) PAS selepas dua bulan dilantik jawatan itu.
Perkara itu disahkan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang memetik laporan Malaysiakini.
Abdul Hadi berkata, pengguguran atau pertukaran mana-mana pemimpin adalah amalan biasa dalam parti itu.
“Itu biasa dalam parti, tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan atau ditukar itu, biasa,” katanya ketika mengulas laporan PAS menggugurkan Mohd Khairuddin sebagai AJK PAS.
Abdul Hadi tidak menjelaskan punca sebenar pengguguran itu namun berkata keputusan itu dibuat parti pada mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
“Perkara itu diuruskan oleh setiausaha agung parti.
“Bagaimanapun, mesti ada alasan-alasan yang dikemukakan parti, siapa yang tak ikut disiplin dia boleh dinasihatkan dan boleh ditukar jawatan dia, ditugaskan ke (posisi) lain dan digantung keahlian atau pun dipecat.
“Itu tertakluk kepada parti,” katanya.
Pada 23 November lalu, Mohd Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi PAS yang dilantik semula sebagai AJK PAS bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SETIAP ANAK ADA KEISTIMEWAAN TERSENDIRI – ALLEX
KESIDANG 12 Jun - Kejayaan bagi kanak-kanak bukan diukur berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata, sebaliknya ada murid yang menyerlah dalam sukan,...
WRUR TELOK MAS ‘AJAK SEKAMPUNG’ MERIAHKAN 130 ACARA
TELOK MAS 12 Jun – Sebanyak 130 program menarik untuk segenap lapisan masyarakat bakal mewarnai kehidupan masyarakat di Dewan Undangan...
YAYASAN PELAJARAN MARA BANTU PERKASA AKADEMIK ANAK MELAKA
LENDU 12 Jun - Usaha memperkasakan bidang akademik anak Melaka turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM),...
UMNO MELAKA BUKA PINTU KERJASAMA KEPADA SEMUA PIHAK
LENDU 12 Jun - UMNO Melaka bersedia membuka ruang kerjasama kepada mana-mana pihak yang mampu menyumbang kepada kekuatan parti serta...
‘TOK RAUF LOVE YOU TOO’
LENDU 12 Jun - Laungan 'I Love Tok Rauf' daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, dibalas 'I Love...
PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
PUTRAJAYA, 12 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai,...
