Sorting by

×

MOTAC, PDRM PASTIKAN KESELAMATAN TERJAMIN SEPANJANG WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDARAYA MELAKA 12 Ogos – Aspek keselamatan menjelang Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 dari 27 hingga 29 September depan menjadi antara fokus utama Kerajaan Negeri bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Ia penting bagi memastikan kelancaran acara pelancongan dunia itu yang akan menghimpunkan 3,000 penyertaan terdiri daripada menteri-menteri pelancongan seluruh dunia bersama delegasi dan penggiat industri pelancongan antarabangsa.

Susulan itu, satu lawatan tapak telah diadakan Sekretariat World Tourism Melaka (WTM) bersama MOTAC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke lokasi melibatkan penganjuran acara bertaraf dunia itu nanti.

Pengurus Jawatankuasa Keselamatan, Trafik dan Perubatan bagi sambutan WTD dan WTC 2025, Aini Zulfa Abd Rahim berkata, pihaknya bersama ahli jawatankuasa terlibat telah menjalankan pemeriksaan rapi di beberapa lokasi bagi memastikan semua persiapan keselamatan berada pada tahap terbaik.

“Kami baru selesai berbincang, mengatur strategi dan menetapkan gerak kerja sebagai sebahagian daripada persiapan penganjuran WTD dan WTC 2025 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

“Selain itu kami turut memastikan segala taksiran keselamatan di lokasi adalah teratur dan selamat untuk para delegasi, termasuk kawalan trafik serta pemantauan secara berterusan sepanjang acara berlangsung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Pentadbiran MOTAC akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM bagi kelancaran acara yang berlangsung selama tiga hari.

“Insya-Allah, dengan kerjasama dan perancangan semua pihak, aspek keselamatan akan terjamin sepenuhnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1466
Kongsi :
Previous post MAIM AGIH RM81 JUTA UNTUK ASNAF JANUARI-JUN TAHUN INI