Sorting by

×

‘MOTOTOURISM’ BUKA LEMBARAN BAHARU PELANCONGAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

DURIAN TUNGGAL 17 Mei – Kerajaan Negeri sedang giat membuka lembaran baharu dalam segmen pelancongan berasaskan minat khusus (special interest tourism), khususnya pelancongan permotoran yang semakin mendapat tempat di negara ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia berikut sektor ‘MotoTourism’ kini menjadi salah satu sektor strategik yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi baharu di negeri ini.

Jelas beliau, perkara itu dapat dibuktikan apabila Melaka mencipta sejarah menjadi tuan rumah Himpunan Geng RXZ yang dibanjiri lebih 50,000 peminat permotoran.

“Himpunan ini talah membawa limpahan ekonomi luar biasa… kepada penginapan, makanan, peniaga kecil dan pelbagai sektor lain sekali gus menjadi bukti nyata bahawa MotoTourism kini merupakan sektor strategik yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi baharu.

“Justeru, seiring dengan penganjuran World Tourism Conference dan World Tourism Day yang bakal berlangsung September ini serta Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri sedang giat membuka lembaran baharu dalam segmen pelancongan berasaskan minat dan sedia mengalu-alukan kerjasama dari syarikat-syarikat swasta dan pemain-pemain industri untuk samasama menyertai pakej-pakej pelancongan yang bakal diumumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pembukaan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Industri Gangsa, Jaya 2, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin; Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Kalil serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 250 ‘riders’ dari seluruh negara termasuk Singapura.

Ab Rauf berkata, syarikat peruncitan dalam dunia aksesori permotoran itu kini berdiri gah secara fizikal di Melaka walaupun sebelum ini hanya bermula sebagai sebuah gudang kecil dalam talian.

Menurut beliau, syarikat itu juga bakal melebarkan sayapnya apabila bakal melancarkan sebuah kafe berkonsepkan dunia permotoran pada Ogos depan.

“Saya yakin, kafe ini bakal menjadi satu tarikan baharu yang pasti akan menjadi ‘pit stop wajib’ bagi para riders yang menjelajah ke selatan tanah air.

“Inisiatif sebegini amat signifikan kerana ia bukan sekadar perniagaan, ia membina komuniti, menjana ekonomi setempat dan mengangkat budaya permotoran sebagai satu gaya hidup (lifestyle branding) yang moden, urban dan inklusif,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1095
Kongsi :
Previous post JAGA SOLAT, AMAL SURAH YASIN RAHSIA PELAJAR TAHFIZ RAIH 11A SPM
Next post STAF UTEM MAUT KANCIL DIREMPUH 4X4