Sorting by

×

MPAG PERKUKUH BUDAYA KERJA, BERI PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA RAKYAT

Masa Membaca:58 Saat

ALOR GAJAH 28 Januari – Semua warga kerja Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) diingatkan supaya terus memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, responsif dan berorientasikan penyelesaian bagi memastikan setiap perkhidmatan kepada rakyat adalah yang terbaik.

Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) MPAG adalah barisan hadapan yang memikul tanggungjawab amat signifikan.

“Ini kerana setiap tindakan dan keputusan dibuat memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat khususnya.

“Setiap aduan, permohonan dan keperluan rakyat perlu ditangani secara proaktif, telus serta berintegriti kerana ini adalah kayu pengukur menilai keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Pentadbiran MPAG yang turut dihadiri Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat, di Dewan Bougainvilla MPAG, di sini, hari ini.

Menurut beliau, dengan iltizam yang padu dan semangat kebersamaan MPAG mampu merealisasikan hasrat kepimpinan negeri, sekali gus menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Justeru itu, saya berharap semua warga kerja MPAG untuk terus melangkah kehadapan dan memperkukuhkan iltizam demi kecemerlangan organisasi.

“Selain itu juga dengan pencapaian dan pengiktarafan yang diperoleh diharap dapat menjadi pendorong untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan termasuk budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

359
Kongsi :
Previous post MELAKA CATAT LEBIH 234 TAN SISA KITAR SEMULA SEPANJANG 2025
Next post HOSPITAL MELAKA SEDIA RUMAH PENGINAPAN PERCUMA UNTUK WARIS PESAKIT