Sorting by

×

MPHTJ BINA TIGA TAPAK PENJAJA BAHARU TAHUN 2026

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 18 Januari – Tiga tapak penjaja baharu sedang dan telah dibina dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi meningkatkan keselesaan serta memberikan kemudahan kepada penjaja tempatan.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron, berkata tapak pertama telah siap di Taman Saujana Permai, Bukit Katil yang menyediakan lapan unit premis baharu bagi menggantikan khemah lama digunakan penjaja.

“Premis ini kini lebih selesa kerana dilengkapi dengan bumbung dan kemudahan asas. Tapak kedua pula dibina di Pinggiran MITC, sedang dalam proses siap bulan ini dan mampu menampung 40 penjaja, manakala tapak ketiga terletak di Bangunan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) Eco Park.

“Tapak Eco Park akan diratakan dan disediakan kemudahan asas terlebih dahulu sementara menunggu peruntukan bagi pembinaan premis lengkap bagi memastikan operasi lebih teratur,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ dan Amanat Tahun 2026 di Kompleks Melaka Mall, pada Khamis.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Sapiah berharap penjaja bukan sekadar berniaga sepanjang tahun, tetapi turut mendapat kemudahan lebih baik.

“Ini adalah usaha berterusan MPHTJ untuk menaik taraf tapak penjaja dari tahun ke tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

373
Kongsi :
Previous post HIASAN TAHUN BAHARU CINA BERI LIMPAHAN REZEKI
Next post MELAKA TINGKAT KUALITI BIDANG ASUHAN, PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK