Sorting by

×

MPHTJ CADANG PERLUAS PROGRAM ‘FOOD RESCUE’

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 3 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mencadangkan agar pelaksanaan inisiatif ‘Food Rescue’ yang dilaksanakan di Bazar Ramadan Masjid Al-Alami, MITC diperluaskan ke semua bazar Ramadan berskala besar tahun hadapan.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, kaedah yang dilaksanakan itu membolehkan orang ramai mengambil makanan lebihan selepas jam 7 malam di bazar Ramadan seliaan MPHTJ.

“Kita menggalakkan sesiapa yang memerlukan makanan datang selepas jam 7 malam untuk mengambil lebihan makanan yang masih selamat dimakan.

“Melihat kejayaan inisiatif ini, kita bercadang memperluaskannya ke bazar-bazar Ramadan mega lain pada tahun hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Sapiah meminta lebih ramai peniaga agar menyumbangkan lebihan makanan yang tidak terjual di bazar Ramadan bagi tujuan program Food Rescue.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat mengurangkan pembaziran makanan, malah memperkukuh amalan kebajikan serta meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan makanan dalam kalangan peniaga bazar Ramadan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post MELAKA GEMPUR ‘MAT REMPIT RAMADAN’
Next post PANTAI HOSPITAL MELAKA BERWAJAH BAHARU, RUANG AWAM DAN AKSES PESAKIT DITAMBAH BAIK