Sorting by

×

MPHTJ CERIAKAN PINTU MASUK SEMPENA TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 23 Disember – Pintu masuk Melaka di Ayer Keroh akan diceriakan dengan pelbagai hiasan dan landskap menarik pada tahun depan bersempena Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron berkata, usaha itu dilakukan bagi memastikan pengunjung yang tiba di negeri ini disambut dalam suasana mesra dan ceria dalam membangkitkan ‘mood’ Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

Jelas beliau, antara lokasi yang akan diberi tumpuan adalah di sepanjang Lebuh Ayer Keroh yang menjadi laluan utama pelancong ke Bandar Melaka.

“Antara perancangan yang akan kita lakukan adalah menaik taraf landskap di sepanjang laluan, selain lampu-lampu hiasan berwarna-warni di sepanjang kawasan Hang Tuah Jaya.

“Pada masa sama, pembinaan arca dan pemasangan papan iklan juga akan kita lakukan dalam menyambut pelancong ke Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasasi MPHTJ 2025 di sebuah hotel, di sini, semalam.

Majlis itu telah disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Menurut Sapiah, usaha mengindahkan Hang Tuah Jaya juga dilakukan bagi menyahut sasaran Kerajaan Negeri dalam menggamit 19 juta pelancong domestik dan antarabangsa sepanjang tahun depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

406
Kongsi :
Previous post BELANJAWAN MELAKA 2026: EKONOMI BERDISIPLIN, PEMBANGUNAN MAMPAN TERAS NEGERI
Next post SUNGAI RAMBAI MAHU TERUS JADI LOKASI FESTIVAL DESA