Sorting by

×

MPHTJ KIBAR 3,000 JALUR GEMILANG MERIAHKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 13 Ogos – Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyasarkan untuk mengibar 3,000 helai Jalur Gemilang sekitar kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, pemasangan Jalur Gemilang sudah dibuat sejak 1 Ogos lalu dan kerja-kerja itu diteruskan sehingga selesai.

Beliau berkata, perkara itu selaras dengan saranan kerajaan yang menggalakkan pemilik premis menceriakan bangunan masing-masing dengan kibaran Jalur Gemilang.

“Sempena Bulan Kemerdekaan ini kita menyasarkan untuk memasang 3,000 Jalur Gemilang dalam kawasan pentadbiran MPHTJ terutama di laluan utama.

“Selain itu juga MPHTJ telah menggantikan Jalur Gemilang baharu di tiang bendera di Dataran Ayer Keroh, kontraktor terlibat dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diminta untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan atau lori masing-masing,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Sapiah, notis pemasangan Jalur Gemilang juga telah diedarkan oleh Bahagian Penguatkuasa kepada pemilik atau wakil premis.

“Bagi mengelakkan berlaku kesilapan pemasangan Jalur Gemilang MPHTJ akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.
Menerusi pemantauan ini kita akan pastikan Jalur Gemilang dikibarkan mengikut cara yang betul,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post WRUR DUN REMBIA: SELESAI MASALAH RAKYAT TERUS KE PINTU RUMAH
Next post 10 INDIVIDU TERMASUK PEGAWAI, BEKAS PEGAWAI TENTERA DITAHAN DISYAKI TERLIBAT PENYELUDUPAN