
MPHTJ KOMPAUN DUA PREMIS MAKAN ‘KOTOR’, LANGGAR SYARAT
AYER KEROH 22 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengeluarkan 15 kompaun atas pelbagai kesalahan terhadap pengendali dua premis pada Operasi Kebersihan Gerai Makanan dan Lesen Perniagaan, baru-baru ini.
Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata sepanjang operasi tersebut dijalankan, secara keseluruhan MPHTJ telah memeriksa sebanyak 13 premis.
Katanya, operasi terbabit dijalankan susulan aduan diterima daripada orang awam berhubung aspek pelanggaran syarat permit.
“Dua premis yang dikompaun didapati melanggar syarat permit kerusi meja dan sitaan juga dibuat oleh pegawai penguatkuasa melakukan pemeriksaan ketika operasi.
“Antara kesalahan dikesan adalah tiada lesen perniagaan, halangan kerusi meja, tidak menyelenggara perangkap minyak dan premis kotor ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Sapiah berkata 15 kompaun yang dikeluarkan itu adalah melibatkan pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred MPHTJ 2010.
“Kita juga telah mengeluarkan notis ingatan kepada pemilik kedai makanan agar sentiasa memastikan premis mereka bersih, diselenggara serta mematuhi syarat-syarat lesen telah ditetapkan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MITC TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN TOURISM AWARDS 2026-2028
AYER KEROH 30 Januari - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila berjaya memenangi ASEAN Tourism...
SABK PACU KECEMERLANGAN SM IMTIAZ ULUL ALBAB – MAIM
LENDU 30 Januari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Ulul Albab Melaka kini melangkah ke fasa baharu kecemerlangan selepas secara rasminya...
PUTRA 2 MELAKA DIPACU TEKNOLOGI PERUBATAN TERKINI
AYER KEROH 30 Januari - Sektor kesihatan Negeri Melaka terus diperkasa menerusi pelbagai usaha dan jalinan kerjasama strategik bersama syarikat...
PPSPM LAKSANA INISIATIF HIJAU, SEMAI BUDAYA CINTAI ALAM SEKITAR
DUYONG 30 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melaksanakan aktiviti penanaman pelbagai jenis pokok di sekitar perkarangan...
LESEN MOTOSIKAL PERCUMA ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIBUKA BERMULA MAC
AYER KEROH 30 Januari - Program Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Lesen Motosikal Percuma di bawah inisiatif Bajet Negeri Melaka 2026...
UTEM BANGUNKAN MAKMAL AI BERSAMA INSTITUSI TEKNIKAL SLOVAKIA
AYER KEROH 30 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi institusi pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama strategik dalam...
