Sorting by

×

MPHTJ KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 9 Februari – Sambutan Tahun Baharu Cina bukan bukan sekadar perayaan, sebalik apa yang tersirat adalah ia menjadi malah menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan silaturahim antara kaum di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron berkata, pihaknya tidak terlepas daripada bersama-sama memeriahkan perayaan itu dengan menyalurkan sumbangan kepada 30 penerima dalam kawasan pentadbirannya.

“Sumbangan diberikan merangkumi wang tunai dan barangan keperluan harian, diharapkan inisiatif kami bermanfaat dalam membantu penerima melakukan persiapan menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

“Pemilihan penerima diserahkan kepada pihak Japerun melibatkan enam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar Ayer Keroh dengan setiap DUN melibatkan lima penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat MPHTJ di Pentas Melaka Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha MPHTJ Mohd Faizal Mohd Zin.

Menurutnya, program itu dilaksanakan secara konsisten setiap tahun sebagai usaha mendekati masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Saya berharap sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini akan membawa sinar baharu, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan dalam pembangunan bandar, ekonomi setempat dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“MPHTJ akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan mesra rakyat demi memastikan kesejahteraan komuniti di kawasan pentadbirannya sentiasa terpelihara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

119
Kongsi :
Previous post TERUJA DAPAT ‘BONDING’ DENGAN GAJAH ZOO MELAKA
Next post MELAKA TERBUKTI MESRA, SAYANG RAKYAT