Sorting by

×

MPHTJ SEDIA KEMUDAHAN REKREASI UNTUK TAMAN ANGKASA NURI

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

DURIAN TUNGGAL 9 November – Penduduk Taman Angkasa Nuri dapat menikmati aktiviti riadah lebih selesa selepas projek naik taraf kemudahan di taman rekreasi taman perumahan tersebut selesai.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron berkata, kerja-kerja menaik taraf kawasan padang dan taman rekreasi itu menelan kos keseluruhan RM200,000.

Katanya, projek naik taraf tersebut melibatkan pembinaan dataran, siar kaki, penanaman semula rumput serta pemasangan lampu dan kemudahan asas lain.

“Dahulu kawasan ini hanya padang bola biasa, tapi kini kita jadikan ia lebih teratur dan sesuai untuk aktiviti riadah sekeluarga yang mana lebih selesa,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja penyelenggaraan di taman berkenaan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Durian Tunggal baru-baru ini.

6064649429077134106
SAPIAH

Dalam pada itu, Sapiah memaklumkan pihaknya juga sedang dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan pembaikan jalan rosak, parit serta sistem perparitan yang uzur.

“Kerja-kerja naik taraf jalan dan parit ini membabitkan kos lebih RM500,000.

“Projek-projek ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kemudahan dan infrastruktur di Durian Tunggal sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

495
Kongsi :
Previous post PANDU PUTERI MELAKA JADI MODEL TADBIR URUS CEMERLANG
Next post ISU KESIHATAN MENTAL GENERASI MUDA CETUS KEBIMBANGAN – DR. WAN AZIZAH