Sorting by

×

MPHTJ TERIMA ANUGERAH GCOM TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 24 Mei – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengekalkan momentum dan komitmen selepas menerima anugerah Global Covenant of Mayors (GCOM) for Climate dan Energy-GCOM Mitigation and Adaptation Badges Awards 2024 berlangsung di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia, pada Rabu.

MPHTJ diwakili Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron bagi menerima anugerah tersebut sempena Climate Resilience and Innovation Forum 2025 (CRIF2025).

Sapiah berkata, pengiktirafan itu diterima MPHTJ buat tahun ketiga berturut-turut selepas berjaya mengekalkan status ‘compliant’ bagi 2022 dan 2023.

“Pengiktirafan ini merupakan satu penarafan yang memberi ruang kepada semua perbandaran seluruh dunia mengenai usaha yang komited dalam pelaksanaan agenda hijau, inisiatif mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

“Dalam usaha menyokong usaha menangani kesan perubahan iklim, MPHTJ akan terus mengekalkan momentum dan komitmen sebagai sebuah Perbandaran Rendah Karbon dan Pelaksana agenda Matlamat Pembangunan Mampan Tahun 2030 (SDG2030),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata pada forum itu juga turut diadakan sesi penyerahan pelaporan Smart Urban Green Practice in ASEAN kepada MPHTJ.

“Pelaporan yang diterima MPHTJ itu mengandungi pelbagai contoh amalan terbaik berkaitan kemampanan dan perubahan iklim sebagai mengiktiraf usaha-usaha yang dilakukan oleh MPHTJ.

“Amalan terbaik oleh MPHTJ seperti MPHTJ Low Carbon Eco Schools Program dan Energy Management Program antara yang turut tersenarai dalam pelaporan terbabit,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

425
Kongsi :
Previous post KUCING TERAPI JIWA SUZANAH
Next post OP BERSEPADU: MPJ KELUAR 15 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN