Sorting by

×

MPHTJ WARNAI RAMADAN DENGAN PROGRAM KEBAJIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 18 Februari – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan melaksanakan pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang Ramadan bagi menyemarakkan lagi bulan mulia itu.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, antara pengisian dirancang termasuk penyerahan sumbangan kepada golongan memerlukan, penganjuran majlis berbuka puasa, sahur serta moreh di beberapa lokasi terpilih dalam kawasan pentadbirannya.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan mengimarahkan Ramadan, malah memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan komuniti setempat.

“Selain program ‘in house’ bersama kakitangan MPHTJ sendiri, kita turut merancang aktiviti bersama komuniti seperti agihan bubur kacang; sumbangan Syawal bagi membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan dan majlis berbuka puasa terbuka di Dataran Sejarah.

“Program seperti sahur dan moreh juga akan diadakan bagi menyantuni petugas barisan hadapan serta rakan-rakan pengamal Media yang bertugas tanpa mengira waktu,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan pra-pelancaran sebuah kafe di Taman Ayer Keroh Permai, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata, MPHTJ komited memastikan setiap program dilaksanakan secara tersusun dan memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat dalam kawasan pentadbirannya.

“Ramadan adalah bulan terbaik untuk memperkukuh nilai kebersamaan, selain menyemai semangat prihatin dan tanggungjawab sosial dalam kalangan semua pihak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

395
Kongsi :
Previous post MENARA TAMING SARI PROMOSI PELANCONGAN ‘RAYA’
Next post KOD QR MUDAHKAN ORANG PAYA RUMPUT SALUR ADUAN