Sorting by

×

MPJ BAIK PULIH 20 MEDAN SELERA, TANDAS AWAM

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

JASIN 11 Mei – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terus meningkatkan fasiliti kemudahan awam termasuk mengambil inisiatif melaksanakan pembaikan kerosakan yang terdapat di medan selera dan tandas awam sekitar Jasin.

Setiausaha MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, pembaikan itu dilakukan menerusi peruntukkan lebih RM1 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2024 bagi menyediakan kemudahan awam yang selesa bukan sahaja kepada masyarakat, malahan pelancong.

Jelas beliau, sebanyak 20 medan selera dan tandas awam di bawah seliaan MPJ telah dilaksanakan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf infrastruktur.

“Antara kerja pembaikan yang dijalankan untuk medan selera adalah seperti menaik taraf gerai di Chohong, Taman Seri Kemendor dan Taman Harmoni, Merlimau.

“Manakala sebanyak 17 tandas awam telah dilaksanakan pelbagai kerja-kerja naik taraf dan pembaikan membabitkan tandas awam di Medan Selera Merlimau Point; hadapan Pasar Jasin; tandas gerai hadapan Stadium Jasin; tandas medan selera Bandar Jasin; Dewan Umbai; Dewan Lipat Kajang.

“Turut dilaksanakan kerja pembaikan di tandas awam terminal Bas Merlimau; Jeti Serkam; Dewan Haji Ithnin, Merlimau; Gerai Air Kangkong; medan selera depan Hospital Jasin; Dewan Alamanda; gerai Ayer Merbau; medan selera Selandar; Dewan Hang Kasturi dan medan selera Kelubi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Muhammad Zahiruddin, usaha itu sekali gus membuktikan MPJ mengambil cakna dan prihatin terhadap segala aduan kerosakan harta awam demi keselesaan masyarakat setempat.

“MPJ juga melaksanakan pembangunan fizikal yang terancang, menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang mencukupi serta memastikan projek prasarana luaran dilaksanakan secara lestari ke arah kehidupan yang selesa dan berkualiti selaras dengan dasar kerajaan.

“Saya juga berharap agar masyarakat dapat bersama-sama untuk menjaga serta menggunakan hak awam ini secara berhemah untuk keselesaan bersama,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

551
Kongsi :
Previous post LIMA KAMPUNG DI AYER LIMAU DAPAT FAEDAH SANTUNI MADANI
Next post UTEM JADI PILIHAN IPT RUSIA JALIN KERJASAMA STRATEGIK