
MPJ GANTI LEBIH 600 PAPAN TANDA SEKITAR JASIN
AYER KEROH 27 Julai – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sedang giat melaksanakan pembaikan dan menukar sebanyak 602 papan tanda di sekitar Jasin sebagai usaha memastikan Jasin kekal ceria, lestari dan berdaya huni.
Setiausaha MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, pelaksanakan kerja-kerja menukar papan tanda itu dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan MPJ secara menyeluruh dan mengikut aduan awam yang diterima.
“Mengikut pecahan, sebanyak 71 papan tanda taman-taman perumahan sekitar Jasin telah ditukar dan sebanyak 531 papan tanda nama jalan di seluruh Jasin telah diganti baharu.
“MPJ telah menaik taraf dan menukar baharu kesemua papan tanda yang usang, rosak dan terlalu lama berikutan faktor ia sudah terlalu lama, faktor cuaca, vandalisme serta pelbagai lagi bagi menceriakan kembali kawasan sekitar MPJ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Muhammad Zahiruddin menyatakan MPJ terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Jasin.
Namun, pada masa sama, beliau mengingatkan masyarakat untuk bersama menjaga kemudahan awam yang disediakan bagi mengelakkan kerosakan kerap berulang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SETEM BERUSIA SATU ABAD JADI TARIKAN DI MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI
BANDA HILIR 18 Mac - Lebih 500 setem pelbagai jenis termasuk koleksi berusia lebih satu abad dipamerkan pada Pameran Setem...
AIDILFITRI: MELAKA KENAL PASTI 10 LOKASI PANAS KEMALANGAN
TABOH NANING 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengenal pasti sebanyak 10 lokasi 'hotspot' risiko kemalangan tinggi...
TOK RAOP, DATUK REMY ISHAK SANTUNI ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Masa terluang sementara menunggu waktu berbuka dimanfaatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
SKM MELAKA SALUR ZAKAT WAKALAH RM20,000 KEPADA 10 MASJID
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka menyalurkan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20,000 kepada 10 buah...
MAIM SERAH 100 KIT MESRA IBADAH KEPADA 3 HOSPITAL
PENGKALAN BATU 17 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan 100 kit mesra ibadah kepada tiga buah hospital di...
MELAKA REKOD 25 KESALAHAN PENIAGA GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU
PENGKALAN BATU 17 Mac - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Skim...
