Sorting by

×

MPJ PANTAU BAZAR RAMADAN, PASTIKAN TIADA ISU KEBERSIHAN

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

JASIN 24 Februari – Persekitaran dan tahap kebersihan 10 Bazar Ramadan seliaan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berada pada tahap memuaskan hasil pemantauan bersepadu yang dilaksanakan.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, hasil pemantauan dijalankan mendapati semua 391 peniaga mematuhi syarat ditetapkan, seperti mengambil suntikan tifoid dan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.

“Pihak penganjur melaksanakan kerja-kerja pembersihan sekitar bazar dengan baik selepas waktu perniagaan, peniaga juga memberikan kerjasama dengan memastikan tapak gerai masing-masing sentiasa dalam keadaan kemas.

“Terima kasih kepada semua peniaga dan penganjur atas komitmen mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi. Persekitaran tapak jualan yang kemas dan bersih amat penting dalam menjamin tahap kualiti makanan dijual kepada pengunjung,” katanya

Antara bazar beroperasi dalam kawasan pentadbiran MPJ adalah Bazar Ramadan Bandar Baru Merlimau, Jasin Bestari, Tapak Letak Kereta Stadium Jasin, Pekan Selandar, Tapak Pasar Malam Nyalas (Pekan Nyalas), Medan Selera Merlimau Point, Jalan PIBT Pekan Umbai, Taman Hajah Yon Kampung Chenderah, Taman Serkam Maju dan Perkarangan Parkir R&R Sungai Rambai (arah Selatan).

Selain itu, MPJ juga mengendalikan satu Bazar Aidilfitri di Taman Botani Parkland, Bandar Botani Parkland bagi memberi peluang kepada penduduk membeli belah pakaian untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

391
Kongsi :
Previous post HOTEL TAMARA KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
Next post RAMADAN ERATKAN SILATURAHIM, KOMUNITI ORANG ASLI DUN GADEK DISANTUNI