Sorting by

×

MPJ PASANG 40 LAMPU SOLAR, TAMBAH BAIK PENCAHAYAAN DI JASIN

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

JASIN 29 Disember – Bagi memastikan aspek pencahayaan berada dalam keadaan baik sejumlah 40 unit lampu solar di pasang di lokasi terpilih di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, pemasangan lampu solar itu dilakukan sejak awal Disember dan dijangka selesai pada pertengahan Januari depan.

“Pemasangan lampu solar ini dilakukan bertujuan untuk menambah baik pengcahayaan di kawasan awam khususnya selain dapat membantu meningkatkan keselamatan penduduk khususnya.

“Kerja-kerja pemasangan untuk 40 unit ini masih berjalan dan antara lokasi yang terpilih membabitkan Jeti Pengkalan Lambak, Jeti Sebatu, Jeti Anjung Batu, Jeti Pantai Siring dan Dataran Rekreasi Sungai Chohong.

“Kos pemasangan kesemua unit lampu solar ini diterima daripada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya.

Menurutnya, pemilihan lokasi bagi pemasangan lampu solar itu dibuat oleh Jabatan Teknikal Dalaman MPJ berdasarkan keperluan dan aduan yang diterima.

“Siasatan akan dibuat oleh jabatan ini selain ia juga tertakluk kepada aduan-aduan yang telah diterima berhubung masalah pencahayaan di kawasan tersebut.

“Untuk itu bagi keperluan tahun hadapan atau pertambahan pemasangan MPJ akan merujuk terlebih dahulu kepada aduan-aduan yang diterima berhubung masalah pencahayaan di sesuatu kawasan,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, sebanyak 30 unit lampu solar telah dipasang pihaknya sebelum ini membabitkan di kawasan laluan Bukit Katong-Bulatan Bukit Langsat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

438
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA BANTUAN RAMADAN UNTUK 9,000 ASNAF
Next post FELDA BUKIT SENGGEH ‘BERGEGAR’