Sorting by

×

MPJ SANTUNI TUJUH PESARA, ERATKAN SILATURAHIM RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN 8 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meneruskan tradisi menghargai jasa bekas kakitangannya menerusi Program MPJ Santuni Pesara sempena bulan Ramadan dan menjelang musim perayaan.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, program itu diadakan bagi mendekati serta menghargai sumbangan pesara yang pernah menabur khidmat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Menurutnya, melalui program berkenaan pihak MPJ dapat menziarahi pesara di kediaman masing-masing selain bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan mereka.

“Sesi kali ini melibatkan tujuh pesara MPJ yang bersara antara tahun 2017 hingga 2019. Mereka turut menerima sumbangan berupa wang tunai serta hamper makanan sebagai tanda penghargaan.

“Program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama bagi menziarahi pesara yang uzur atau memerlukan perhatian,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Hadir sama Setiausaha MPJ Ir. Ts. Mohamad Hiriddin Hisham serta warga kerja MPJ.

Img 20260308 wa0009
MUHAMMAD Zahiruddin semasa menyantuni pesara MPJ menerusi program berkenaan. Foto Facebook Majlis Perbandaran Jasin.

Jelasnya, kunjungan itu bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim antara MPJ dengan pesara serta keluarga mereka

“Program ini mencerminkan komitmen MPJ dalam menghargai dan mengenang jasa pesara yang pernah menyumbang kepada pembangunan dan perkhidmatan majlis itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

449
Kongsi :
Previous post 80 ASNAF PENGKALAN BATU DIRAIKAN
Next post KUTIPAN AMAL RM50,000 BANTU 10 MADRASAH DI MELAKA