Sorting by

×

MTD PROPERTIES LANCAR TIGA PROJEK UTAMA DI AYER KEROH, KAJANG TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LUMPUR 4 Jun – Pemaju pembangunan hartanah terkemuka negara, MTD Properties bakal melancarkan tiga projek utama membabitkan perumahan dan industri pada tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MTD, Dr. Nik Fauzan Nik Faizul berkata tiga projek utama tersebut meliputi dua projek di Melaka dan sebuah lagi projek di Kajang.

“Tiga projek utama MTD Properties bakal dilancarkan pada tahun ini, yang terdekat akan dilancarkan adalah MTD Nexus 28 Industrial Park,Ayer Keroh, Melaka pada 14 Jun depan.

“Projek ini membabitkan Hub industri masa depan di Melaka yang merangkumi 87 unit kilang lengkap dengan sistem pintar bersepadu dan pemasangan solar ia direka untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan serta merupakan pelaburan ideal bagi perusahaan industri moden.

“Selain itu, satu lagi projek di Ayer Keroh ialah projek perumahan iaitu MTD Elysia Heights dan pembangunan terancang ini merangkumi 197 rumah teres di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,” katanya kepada Melaka Hari Ini di reruai MTD Properties di Karnival Jom Heboh di Kuala Lumpur Base, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr. Nik Fauzan berkata selain projek perumahan yang sering diberi penekanan terhadap reka bentuk kontemporari dan nilai jangka panjang, pihaknya turut melancarkan sebuah lagi projek utama di Kajang.

Jelasnya, projek terbabit adalah MTD Sutera Vista Residence iaitu sebuah pangsapuri moden terletak di Taman Sutera, Kajang, dengan jumlah 378 unit.

“Projek ini kedudukannya yang strategik dan berhampiran lebuh raya SILK dan LEKAS menawarkan kemudahan Bandar dan keterhubungan yang cemerlang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

993
Kongsi :
Previous post JIMAT 30 PERATUS DI JUALAN KHAS SEMARAK AIDILADHA FAMA
Next post ALUMNI UTEM CIPTA SISTEM PINTAR TERNAKAN IKAN MUDAH ALIH UNTUK KOMUNITI