Sorting by

×

MTD PROPERTIES RAI PEMILIK BAHARU RUMAH MAMPU MILIK BERKUALITI TINGGI DI AYER KEROH

Masa Membaca:2 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 12 Februari – MTD Properties meraikan kejayaan projek perumahan MTD Cinerea Heights dengan penyerahan kunci rumah (Vacant Possession) kepada pemilik baharu, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen syarikat menyediakan kediaman mampu milik berkualiti tinggi di Ayer Keroh.

MTD Cinerea Heights mencatat skor 76 peratus di bawah Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC), sekali gus menunjukkan mutu pembinaan serta pematuhan terhadap piawaian industri.

Dengan jumlah keseluruhan 235 unit kediaman, pembangunan itu berjaya merekodkan kadar jualan melebihi 90 peratus, mencerminkan keyakinan dalam pasaran terhadap penawaran kediaman bernilai kompetitif dan berdaya huni yang dirancang secara teliti bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup masyarakat masa kini.

Menurut pemilik baharu MTD Cinerea Heights, Janice Yong, lokasinya yang strategik menjadi faktor utama untuknya memiliki rumah tersebut.

“Rumah ini berhampiran dengan kemudahan harian dan juga rumah ibu saya. Harganya berpatutan dan ruang yang ditawarkan sangat selesa dan sesuai untuk keluarga kecil kami,” katanya yang juga merupakan pembeli rumah pertama.

Sementara itu seorang lagi pemilik baharu yang dikenali sebagai Shafika pula menyifatkan kediaman itu serba lengkap dan sangat dekat dengan pelbagai kemudahan.

“Selain itu, pemandangan hijau dari hutan sekeliling amat menenangkan. Saya yakin MTD Properties adalah syarikat yang boleh dipercayai,” katanya.

Ketua Pembangunan Hartanah MTD Properties, Wahidatul Al Fairus Wahid berkata, syarikat kekal komited membangunkan kediaman yang berkualiti tanpa mengabaikan kemampuan pembeli.

“Di MTD Properties, kemampuan tidak bermakna kompromi dari segi kualiti, reka bentuk dan lokasi. MTD Cinerea Heights menyerlahkan pendekatan ini dengan menyediakan persekitaran hidup yang seimbang dan bernilai jangka panjang,” katanya.

Default
MTD Cinerea Heights Ayer Keroh.

Untuk rekod, MTD Cinerea Heights direka berasaskan gaya hidup urban moden, dengan setiap unit mempunyai keluasan binaan 967.71 kaki persegi serta keluasan tanah antara 1,539 hingga 3,574 kaki persegi.

Selain itu, kediaman tiga bilik tidur dan dua bilik air itu turut menyediakan ruang parkir yang luas untuk dua buah kereta, menawarkan susun atur yang praktikal dan selesa untuk keluarga, selain disokong persekitaran hijau dengan kehadiran Taman Rimba seluas dua ekar di lokasi berhampiran.

Dari segi lokasi, projek itu berada di kawasan strategik di Ayer Keroh dan mempunyai akses mudah ke pelbagai kemudahan termasuk pusat komersial, pejabat kerajaan, institusi pendidikan serta kawasan rekreasi. Ia turut disokong jaringan perhubungan yang baik melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya SPA, memudahkan pergerakan ke destinasi utama sekitar Melaka.

MTD Properties sebelum ini telah menerima pengiktirafan sebagai Best Affordable Homes Developer oleh PropertyGuru Asia Property Awards Malaysia 2025 di Kuala Lumpur serta Best Affordable Residential Developer (Asia) oleh PropertyGuru Asia Awards 2025 di Bangkok pada tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

409
Kongsi :
Previous post PERCUTIAN NOSTALGIA RUMAH KAMPUNG TENGAH BANDAR
Next post HOHO CRUISE SUNGAI MELAKA PACU KONSEP ‘PAY LESS SEE MORE’