Sorting by

×

MUDAHKAN URUSAN 4,900 PESAKIT, MELAKA TAMBAH PERUNTUKAN ‘MESRA AMBULANS’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 11 Disember – Kerajaan Negeri menambah peruntukan bagi Program Mesra Ambulans kepada RM2.5 juta menerusi Bajet Negeri Melaka 2026, susulan peningkatan jumlah permintaan bagi mendapatkan perkhidmatan itu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukan bagi Program Program Mesra Ambulans tahun ini, namun sudah melepasi RM1.62 juta setakat Oktober lalu dan dijangka meningkat kepada RM2 juta hujung Disember nanti.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang meluluskan penambahan peruntukan bagi inisiatif, sekali gus memberikan manfaatkan kepada lebih ramai rakyat Melaka khususnya dalam kalangan B40, mereka menghidap penyakit kronik dan terlantar.

“Peruntukan dibelanjakan ini memberikan keselesaan dan kemudahan kepada lebih 4,900 pesakit,” katanya pada sidang media selepas menghadiri pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, semalam.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata, berikutan permintaan yang tinggi hanya permohon yang layak sahaja diluluskan.

Katanya, perkhidmatan ambulans juga diperluaskan ke beberapa hospital rujukan luar Melaka termasuk Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Hospital Tampin, Negeri Sembilan, Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Rawang, Selangor yang menjadi penanda aras harga siling RM250.

“Disebabkan peningkatan, kita berharap Japerun dan ketua kampung meneliti permohonan supaya tiada pihak mengambil kesempatan terhadap inisiatif ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

296
Kongsi :
Previous post MELAKA BANGUNKAN PLATFORM E-DAGANG BANTU USAHAWAN