Sorting by

×

MURID DI DUYONG PEWARIS SENI, BUDAYA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

DUYONG 15 Julai – Usaha membudayakan seni, permainan tradisional dan warisan Melayu dalam kalangan murid sekolah terus diperkasa menerusi Program Santai Warisan bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, inisiatif itu merupakan permulaan kepada pelaksanaan aktiviti berteraskan seni dan budaya di sekolah-sekolah sebagai salah satu usaha memperkenalkan warisan bangsa kepada generasi muda.

“Program Santai Warisan anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) ini objektifnya adalah untuk membudayakan seni dan budaya di sekolah.

“Selain sukan rakyat, ada juga demonstrasi memasak kuih tradisional seperti onde-onde dan perkongsian berkaitan sejarah warisan Melaka dalam bahasa yang mudah difahami oleh para murid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Santai Warisan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-17 Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong di sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah.

6316320957702196090
MURID SK Duyong didedahkan dengan sukan rakyat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Selain itu, katanya, PERZIM turut menyumbangkan lukisan mural bertemakan warisan hasil karya artis tempatan Negeri Melaka serta mewujudkan sudut permainan tradisional di sekolah berkenaan.

“Kita mahu kembalikan semula budaya permainan lama yang kini semakin hilang ditelan arus digital. Kalau tidak dipertahankan, generasi akan datang hanya kenal warisan kita melalui permainan video semata-mata,” katanya.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, PERZIM juga akan bekerjasama dengan Japerun Duyong menganjurkan satu program khas melibatkan 13 persatuan silat di Perkampungan Hang Tuah.

“Program ini akan diadakan pada 18 Julai ini bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam yang turut menghimpunkan guru-guru lama seni silat.

“Penganjuran ini bertujuan memelihara dan memulihara seni budaya serta warisan bangsa agar tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

475
Kongsi :
Previous post TABIKA KEMAS AUTISME PERTAMA NEGARA KINI BEROPERASI DI MELAKA
Next post WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH