
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan ‘Museum Fun Walk’ khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap kesihatan mental dan fizikal.
Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, program sejauh tiga kilometer itu bermula dari Muzium Istana Kesultanan Melaka melalui Jalan Kota, persisiran Sungai Melaka dan kembali ke Bukit Melaka.
“Seramai 74 kakitangan dari semua peringkat jawatan termasuk kumpulan pengurusan profesional hingga pembantu khidmat am menyertai aktiviti ini.
“Aktiviti fun walk kali ini adalah salah satu inisiatif untuk menjadikan suasana kerja lebih menyeronokkan sambil memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan.
“Program ini bukan sahaja untuk meningkatkan kesihatan fizikal, malah memberi impak positif terhadap kesejahteraan mental kakitangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Erne, sejak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PERZIM ditubuhkan pada 2014, organisasi ini sentiasa memastikan kemudahan muzium dan tempat kerja selamat digunakan.
“Diharap segala inisiatif dan kebajikan yang disediakan dapat mengekalkan semangat warga PERZIM terutamanya barisan hadapan dalam menyantuni pelawat muzium,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN, DIYAKINI PELABUR
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Nilai pelaburan tertinggi berumlah RM14.68 bilion dalam tempoh 22 tahun direkodkan di Melaka mencerminkan perkembangan...
MeSRa: MELAKA SENTIASA SAYANG ASNAF
TANJUNG BIDARA 16 Mac - Selaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) kebajikan semua golongan terutama asnaf sentiasa diberikan perhatian...
RUMAH PAM BERNILAI RM2.3 JUTA BERI MANFAAT KEPADA 80.9 HEKTAR SAWAH DI KLEBANG
MELAKA, 16 Mac - Projek infrastruktur sokongan pembinaan rumah pam bernilai RM2.3 juta di Kampung Pinang, Batang Tiga, Klebang yang...
MPAG HIDUPKAN RAMADAN, KONGSI KEGEMBIRAAN SEMPENA SYAWAL
TABOH NANING 16 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengatur pelbagai aktiviti berunsurkan kebajikan bertujuan menyuntik keceriaan dan berkongsi...
MAIM, PUSPEN TIANG DUA BANGUNKAN PROJEK TERNAKAN ARNAB
AYER MOLEK 16 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua menjalin kerjasama...
MASALAH HAID TIDAK TERATUR – NORMAL ATAU TANDA PENYAKIT?
Oleh: Dr. Norhayati Bt. Awan Pakar Sakit Puan & Perbidanan Oriental Melaka Straits Medical Centre SETIAP wanita mempunyai pengalaman haid...
