
Myvi terbabas, pemandu terselamat
AYER KEROH 10 Feb – Seorang pemuda berdepan detik cemas selepas Perodua Myvi dipandu terbabas dalam kejadian di Jalan Lingkaran Ayer Keroh, di sini, jam 2 petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.13 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil dan BBP Ayer Keroh bersama 17 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan terdapat seorang mangsa lelaki.
“Lelaki terbabit berusia 21 tahun bagaimanapun selamat walaupun kenderaan dipandunya itu terbalik di bahu jalan,” katanya.
Menurutnya, susulan itu operasi pembersihan dilakukan bomba bagi memastikan tiada serpihan atau komponen kenderaan di atas jalan yang boleh membahayakan pengguna yang lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,047 PESERTA IMARAH MAJLIS MAHABBAH RAMADAN HAWA 2026
BANDA HILIR 1 Mac-Majlis Mahabbah Ramadan anjuran Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) 2026 menghimpunkan seramai 1,047...
KEGEMBIRAAN 84 ANAK YATIM, ASNAF WARNAI Q’ASEH RAMADAN
AYER KEROH 1 Mac - Program Q’aseh Ramadan 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam serta mengimarahkan masjid...
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...
