Sorting by

×

NAIK MELAKA RIVER CRUISE PERCUMA UNTUK WARGA KASTAM

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Melaka berpeluang menikmati keindahan Sungai Melaka menerusi produk pelacongan ikonik iaitu Melaka River Cruise secara percuma.

Tawaran itu terbuka selama sebulan bermula 26 Januari hingga 24 Februari 2026 bagi menghargai warga JKDM Melaka bersempena Sambutan Hari Kastam Ke-44.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, pihaknya turut menawarkan diskaun 50 peratus kepada pasangan atau anak-anak warga JKDM Melaka sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut beliau, inisiatif itu merupakan manifestasi tanda penghargaan Kerajaan Negeri dan PPSPM atas dedikasi, komitmen dan khidmat bakti warga JKDM Melaka yang berterusan dalam menjaga kedaulatan ekonomi serta keselamatan negara.

“Untuk menebus tawaran ini, warga JKDM Negeri Melaka hanya perlu mengemukakan kad ID pekerja di kaunter Melaka River Cruise, pasangan dan anak-anak mereka juga bakal mendapat diskaun 50 peratus.

“Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai. Semoga terus cemerlang, berintegriti dan berwibawa demi Malaysia tercinta,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Untuk rekod, selain Melaka River Cruise, tawaran kemasukan percuma itu juga boleh ditebus untuk memasuki Muzium Hang Tuah, Muzium Istana Kesultanan Melaka, Menara Taming Sari, Zoo Melaka, Ghost Museum Melaka, Bayou Lagoon Water Park dan Magic Art Museum.

Inisiatif masuk percuma ke produk pelancongan terpilih itu telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 yang lalu.

Ia diumumkan di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Pelancongan di mana, insentif itu diberikan bersempena 11 sambutan Hari Badan Beruniform dan penjawat awam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

368
Kongsi :
Previous post MAIM BIMBING PASANGAN MUALAF JADI KELUARGA BAHAGIA
Next post SUKAN DUA JIWA SATU HATI MELAKA 2026 LEBIH MERIAH