Sorting by

×

NAMA BAHARU JAMBU MELAKA AKAN DIUMUMKAN ESOK

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 28 Jun – Buah jambu batu lohan atau turut dikenali Jambu Melaka bakal dijenamakan semula dan diberi nama baharu bersempena Melaka Agrofest 2025 yang sedang berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Pengarah Pertanian Negeri Melaka, Rozli Azizi Talib berkata, jambu tersebut akan dijenamakan selepas Kerajaan Negeri mengumumkan akan mempatenkan buah jambu lohan sebagai ikon produk buah-buahan negeri ini.

“Nama baharu untuk jambu Melaka ini akan diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada hari Ahad (esok) sempena perasmian penutup Melaka Agrofest 2025.

“Selepas ini, jambu lohan akan mengguna pakai nama baharu sekali gus memberi identiti baharu sinonim dengan Negeri Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita di Melaka Agrofest 2025, semalam.

Menurut Rozli Azizi, bersempena karnival itu juga sebanyak 15,000 jambu akan diagihkan secara percuma kepada pengunjung.

“Jambu ini kita aka agihkan secara berperingkat misalnya untuk hari pertama sebanyak 4,000 biji dan seterusnya, begitu juga turut akan diberikan secara percuma adalah nanas MD2 pada hari Ahad.

“Di Melaka Agrofest 2025 ini harga jualan ditetapkan adalah lebih rendah dari pasaran antara lima hingga 10 peratus, untuk itu kita menyeru orang Melaka khususnya untuk datang beramai-ramai memeriahkan karnival ini,” katanya.

Jelasnya, sepanjang tiga hari berlangsungnya Melaka Agrofest 2025, pihaknya menyasarkan kehadiran seramai kira-kira 50,000 pengunjung dengan nilai jualan anggaran RM1.5 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

570
Kongsi :
Previous post MELAKA ANJUR 500 JUALAN RAHMAH SETAKAT JANUARI HINGGA JUN 2025
Next post KOMUNITI SEJAHTERA MAIM BAWA MANFAAT KEPADA MASYARAKAT