
NELAYAN MAUT, MOTOSIKAL REMPUH KERETA KELUAR SIMPANG
JASIN 7 November – Nelayan maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah kereta yang mahu keluar simpang di Jalan Melaka-Muar, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi, mangsa Muhammad Shamsuddin Abu Samah, 30, meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Serkam menghala ke Merlimau.
Katanya, ketika di lokasi, mangsa yang sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu lelaki berusia 25 tahun yang hendak menghala ke Serkam.
“Motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa dipercayai telah melanggar bahagian hadapan kereta menyebabkannya menyebabkannya mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian ketika keluar simpang,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut bagaimanapun masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
