Sorting by

×

NELAYAN TELOK MAS TERIMA BANTUAN PERSEDIAAN RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TELOK MAS 24 Februari – Keluh kesah nelayan turut diberikan perhatian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, menerusi pengagihan sumbangan persediaan Ramadan bersempena Program Ramah Mesra Bersama Nelayan Telok Mas, pada 14 Februari lalu.

Abdul Razak berkata, inisiatif yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya dalam memastikan kebajikan golongan nelayan sentiasa diberi perhatian khususnya ketika Ramadan.

Menurutnya, agihan sumbangan itu melibatkan kit makanan asas termasuk beras selain wang tunai bagi meringankan beban perbelanjaan harian setiap penerima.

“Kita faham cabaran yang dihadapi mereka terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan.

“Sehubungan itu sebagai persediaan Ramadan, seramai 280 nelayan di bawah DUN Telok Mas kita berikan bantuan diharap dengan sumbangan diberikan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban mereka untuk membuat persiapan Ramadan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata, selain bantuan sempena Ramadan, pihaknya juga akan mengagihkan sumbangan lain menjelang Aidilfitri bagi membantu golongan berkenaan membuat persiapan menyambut Syawal.

“Kebajikan nelayan akan terus diberi perhatian selain di Telok Mas juga sepanjang Ramadan ini kita turut menyantuni golongan kurang berkemampuan.

“Selain program ziarah kasih juga kita teruskan sehingga sekarang kerana ini merupakan platform terbaik dalam menyantuni rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post PROGRAM ZIARAH KASIH RAMADAN DUN DUYONG SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN
Next post ZAHARI PANTAU KAWASAN TERJEJAS LIMPAHAN AIR SUNGAI