Sorting by

×

NIKMATI PELANCONGAN MALAM DENGAN HARGA RM10 MALAM INI

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDA HILIR 1 November – Melaka Bila Larut Malam iaitu inisiatif yang menawarkan kemasukan ke produk pelancongan pada harga RM10 sahaja kembali malam esok.

Inisiatif itu diadakan pada Sabtu minggu pertama setiap bulan bagi membolehkan pengunjung dan pelancong menikmati produk pelancongan terpilih pada harga murah.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman memaklumkan, bagi edisi November 2025, sebanyak 10 produk pelancongan menyertai inisiatif Melaka Bila Larut Malam.

Jelas beliau, antara produk pelancongan terpilih adalah Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Malaysia Heritage Studios, Panggung Bangsawan, Kompleks Air Panas Gadek, Air Panas Cherana Putih dan Car Boot Sales @ Freeport A’Famosa Outlet.

“Istimewanya bulan ini, adalah kemasukan percuma ke Muzium Penjara Malaysia di Banda Hilir bermula jam 10 malam hingga 12 tengah malam,” katanya.

573096688 1321001826707664 5515332599858573355 n

Tawaran istimewa Melaka Bila Larut Malam akan bermula pada jam 11 malam hingga 2 pagi, kecuali bagi Zoo Melaka dan Malaysia Heritage Studios yang bermula pada jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala, Panggung Bangsawan pula bermula pada jam 9 hingga 11 malam; Kompleks Air Panas Gadek (8 malam hingga 1.30 pagi); Air Panas Cherana Putih (7 malam hingga 12 tengah malam) dan Car Boot Sales @ Freeport A’Famosa Outlet bermula jam 4 petang hingga 11 malam.

Untuk rekod, selain menawarkan tiket pada RM10, pengunjung juga berpeluang mendapat satu tiket percuma bagi setiap pembelian empat tiket.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

539
Kongsi :
Previous post PSH, HOSPITAL PERTAMA MELAKA GUNA MAMMOGRAM BERTEKNOLOGI TERKINI
Next post WRUR: SK BELIMBING DALAM DAPAT BANGUNAN BAHARU