Sorting by

×

OMSMC SALUR SUMBANGAN RM2,000 KEPADA YAYASAN JANTUNG MALAYSIA

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KLEBANG 30 September – Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) terus komited dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan jantung dengan menganjurkan acara khas sempena Hari Jantung Sedunia 2025.

Acara khas itu adalah aktiviti Pound Fit yang diadakan di Dewan Oriental yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta dan seterusnya, pertandingan futsal berlangsung di Kompleks Sukan Batu Berendam, membabitkan 10 kumpulan terdiri daripada ejen insurans, pihak korporat serta staf OMSMC.

Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC Lee Soon Teck berkata, selain mempromosikan gaya hidup sihat, penganjuran itu turut bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Jantung Malaysia.

Menurutnya, hasil kerjasama semua pihak, OMSMC telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM2,000.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga kesihatan jantung, dan acara seperti ini adalah peluang yang baik untuk kita beriadah bersama sambil menyokong tujuan yang mulia,” ujarnya.

Terdahulu, simbolik penyerahan cek sumbangan telah disempurnakan Soon Teck kepada Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Dr. Rowina Lynne Murray, 28 September lalu.

Dalam pada itu, Soon Teck memaklumkan, acara khas itu turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk peserta dari institusi luar, doktor serta penyokong setia kesihatan.

Beliau mewakili OMSMC turut berharap inisiatif seumpamanya dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih peka terhadap penjagaan jantung masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan inisiatif kesihatan akan datang, sila hubungi Oriental Melaka Straits Medical Centre di talian 606-3158888 atau mengikuti laman sosial rasmi mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

453
Kongsi :
Previous post CENDERAHATI EKSKLUSIF MENARA TAMING SARI SEMPENA VM 2026
Next post ANAK MELAKA PERLU BERFIKIRAN SAINTIFIK, KREATIF DAN BERINOVASI