Sorting by

×

OP LOKOS MBMB, PENDUDUK DIMINTA BERSIH LORONG BELAKANG

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 10 Julai – Sebanyak lima Notis Untuk Tindakan (NUT) dikeluarkan tergadap penduduk Rumah Awam Paya Rumput yang didapati meninggalkan peralatan rumah di lorong belakang kediaman masing-masing.

Notis berkenaan dikeluarkan dalam Operasi Lorong Kosong (Op Lokos) Bil. 6/2025 anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pada Ahad.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, tindakan penguatkuasaan itu dilakukan mengikut Seksyen 69 (3), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 bagi memastikan kebersihan bandar raya terus terpelihara.

“Penduduk yang menerima notis ini diberi tempoh 14 hari untuk membersihkan kawasan masing-masing sebelum tindakan susulan diambil,” katanya.

Op Lokos dijalankan oleh Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB itu turut melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Persatuan Rukun Tetangga Rumah Awam Paya Rumput dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment).

Shadan berkata operasi itu memfokuskan pembersihan lorong belakang rumah dan kawasan awam yang kerap dijadikan tempat menyimpan atau membuang barang lusuh seperti perabot, tilam, kerusi dan almari lama.

“Operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memantau pematuhan penduduk terhadap notis yang dikeluarkan.

“Kita meminta semua penduduk supaya tidak menjadikan lorong belakang rumah sebagai stor terbuka kerana ia boleh mengundang risiko kesihatan dan menjejaskan imej persekitaran.

“Kebersihan kawasan perumahan adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak pada pihak berkuasa tempatan semata-mata,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

592
Kongsi :
Previous post KERAJAAN MELAKA AMBIL TINDAKAN SEGERA ISU PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU
Next post MURAL CETUS MINAT MURID TERHADAP SEJARAH