
OPERASI PASAR RAMADAN MELAKA BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG ISU
LENDU 27 Februari – Operasi pasar Ramadan seliaan semua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang isu.
Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, setiap PBT di negeri ini sentiasa melakukan pemantauan rapi terhadap pasar Ramadan dalam kawasan pentadbiran masing-masing.
āSetakat ini tiada isu besar yang dilaporkan di mana-mana pasar Ramadan, peniaga juga dilihat gembira dengan kehadiran pengunjung yang memberi sokongan tanpa henti.
āSambutan orang ramai amat menggalakkan memberi impak positif kepada peniaga yang menyertai pasar Ramadan tahun ini,ā katanya.
Beliau berkata demikian Melaka Hari Ini selepas mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Imarah Ramadan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Jalan Solok Duku, Lendu, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim dan Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli serta kenamaan lain.
Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata pihaknya turut memandang serius aspek kebersihan dengan pemantauan berterusan oleh anggota penguat kuasa di keempat-empat PBT.
āLangkah ini penting bagi memastikan kawasan pasar Ramadan sentiasa bersih, teratur dan selesa demi menjaga imej negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan serta kesejahteraan rakyat,ā katanya.
Katanya Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


