Sorting by

×

OPS SARANG ‘JERAT’ DUA TOKAN DADAH LADANG KELAPA SAWIT

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 16 Februari – Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah dalam operasi ‘Ops Sarang’ yang dijalankan ladang kelapa sawit di Tanjung Minyak, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan keatas suspek dilakukan dalam dua serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis.

Beliau berkata, ladang sawit berkenaan dikatakan menjadi lokasi bagi aktiviti penagihan dadah.

“Ketika serbuan pertama polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 40-an bersama sejumlah 17 paket dadah disyaki heroin seberat kira-kira 22 gram.

“Manakala dalam serbuan kedua pada esoknya (12 Februari) seorang lagi suspek berusia awal 30-an berjaya ditahan bersama 20 paket dadah juga disyaki heroin anggaran berat 25 gram,” katanya.

Menurut Christopher, siasatan lanjut dijalankan keatas kedua-dua suspek mendapati dadah yang dirampas itu adalah untuk pasaran tempatan selain aktiviti pengedaran ini aktif sejak sebulan lalu.

“Untuk makluman kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan untuk 238 orang penagih.

“Selain dadah, polis turut merampas harta milik suspek iaitu dua buah motosikal dan wang tunai bernilai RM12,947.

“Selain semakan dilakukan juga mendapati kedua-dua suspek ini turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah,” katanya.

Christopher berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 18 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

248
Kongsi :
Previous post SWM ENVIRONMENT KONGSI KEGEMBIRAAN TAHUN BAHARU CINA BERSAMA WARGA EMAS
Next post PENDUDUK SAMBUT BAIK INISIATIF KUBUR DIGITAL