Sorting by

×

ORKESTRA BADAN SENI WARISAN ‘DUTA BUDAYA’ MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KLEBANG 1 Januari – Melaka secara rasminya memperkenalkan Orkestra Badan Seni Warisan Melaka bersempena peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, orkestra itu bernaung di bawah Badan Seni Warisan Melaka, di mana ia berpotensi menjadi duta budaya lambang perpaduan di negeri ini.

“Saya yakin, Orkestra Badan Seni Warisan Melaka ini akan menceritakan keharmonian Melaka melalui simfoni muzik yang merentas sempadan kaum dan agama serta beridentitikan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Majlis Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas di Encore Melaka, di sini, malam tadi.

Majlis penuh warna-warni itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, penubuhan orkestra itu juga mencerminkan komitmen Melaka sebagai sebuah negeri warisan yang diiktiraf UNESCO dalam memastikan warisan terus diangkat sebagai teras jati diri, simbol perpaduan dan wajah Melaka di mata dunia.

Jelas beliau, ia juga selari dalam tempoh Melaka menyandang pengiktirafan sebagai ASEAN City of Culture bagi tahun 2024 hingga 2026.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

332
Kongsi :
Previous post MELAKA NOKTAHKAN 2025 DENGAN DERETAN KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN
Next post MOHD FAUZI ‘SEGARKAN’ SENI BUDAYA MELAKA DALAM LAGU