Sorting by

×

PADANG HOKI SMK TINGGI MELAKA PERLU DINAIK TARAF

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 3 Julai – Kerajaan Negeri memohon agar padang hoki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka (MHS) dinaik taraf segera bagi menyokong pembangunan sukan hoki peringkat akar umbi di negeri ini.

Presiden Persatuan Hoki Melaka Datuk Rais Yasin berkata, ia susukan sekolah itu menjadi antara tujuh sekolah di seluruh negara yang dipilih menyertai Program Thunderbolts di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB), sekali gus memerlukan kemudahan latihan yang lebih baik.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, padang hoki sekolah tersebut kini mengalami kerosakan termasuk sistem ‘sprinkler’ dan dianggarkan memerlukan kos berjumlah kira-kira RM200,000 untuk dibaik pulih.

“Kalau padang ini dalam keadaan tidak baik, susah untuk anak-anak kita terus maju. Stadium Hoki Bukit Serindit pula sedang dalam proses baik pulih. Jadi, padang di sekolah juga penting sebagai kesinambungan latihan.

“Kerajaan Negeri akan bantu setakat mana yang boleh, namun kami berharap Kementerian Pendidikan turut memberi perhatian kepada keperluan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasukan Hoki Thunderbolts SMK Tinggi Melaka di dewan sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Chief Global Business Solutions Officer TNB, Datuk Ir. Azmi Md Yusof, para guru serta pelajar-pelajar sekolah.

Menurut Rais, SMK Tinggi Melaka sememangnya dikenali sebagai sekolah berprestasi tinggi dalam sukan hoki dan telah melahirkan ramai pemain negeri serta kebangsaan dan atas faktor itu, ia dipilih menyertai program Thunderbolts TNB.

“Terima kasih kepada TNB yang menyumbang RM100,000 bagi sekolah ini dan saya percaya ia bukan hanya menyuntik semangat pelajar, malah menjadi pemangkin kepada kemajuan sukan negeri,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

427
Kongsi :
Previous post KEBOCORAN ATAP JEJANTAS TUN TEJA: TINDAKAN SEGERA DIAMBIL, KESELAMATAN PENGGUNA DIUTAMAKAN
Next post LINNAS 2025 MAIM BUKA JALAN ASNAF JANA PENDAPATAN