
Pameran Seni Khat dan Sejarah Cina Muslim perkasa ketamadunan Islam
BANDA HILIR 2 Ogos – Orang ramai dijemput memeriahkan Pameran Seni Khat dan Sejarah Cina Muslim @ Melaka, berlangsung di Balai Syed Sheikh Al-Hadi.
Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Akramuddin Ab Aziz berkata, pameran bermula 28 Julai yang lalu hingga 27 Oktober depan mempamerkan lebih 300 koleksi menarik berkaitan kesenian Islam.
“Antara bahan dipamerkan adalah kaligrafi Islam dalam pelbagai jenis tulisan khat, artifak warisan Cina Muslim, seramik dengan tulis Arab dan ukiran kayu.
“Sasaran kami adalah pengunjung dalam kalangan murid dan pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi selain pelancong tempatan serta luar negara.
“Kami menetapkan seramai 25,000 pelawat akan singgah ke pameran ini sepanjang tempoh diadakan,” katanya pada sidang media di Muzium Rakyat, di sini, hari ini.
Akramuddin berkata, selain pameran pihaknya turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti hasil penulisan Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) China, Yusuf Liu Baojun.
“Beliau telah menghasilkan 31 buah buku dan mampu menghasilkan tulisan khat dalam bahasa Arab, Jepun dan Mandarin,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS PANGGIL PEGAWAI ATM BANTU SIASATAN PENYEBARAN MAKLUMAT SULIT
SUNGAI UDANG 26 Januari - Beberapa pegawai tentera telah dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat sulit berkaitan...
MAIM AJAK AGENSI KORPORAT, NGO SANTUNI ANAK YATIM SEPANJANG RAMADAN
BUKIT KATIL 26 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak untuk bersama-sama menyantuni kebajikan, meraikan dan...
SASAR SEJUTA GRADUAN POLYCC MENJELANG 2027
MERLIMAU 26 Januari - Keupayaan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan berkebolehpasaran diperkasakan lagi menerusi...
LIMA SEKOLAH DALAM KEM TERENDAK TERIMA SUMBANGAN KOMPUTER RIBA
SUNGAI UDANG 26 Januari - Lima Sekolah Dalam Kem (SDK) di Kem Terendak menerima sumbangan 470 unit komputer riba sebagai...
RM44 JUTA TANGANI ISU BEKALAN AIR KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 26 Januari — Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM44 juta bagi pelaksanaan projek sistem retikulasi di Kem Terendak bagi...
MINDEF PASTIKAN PEMBEKUAN PEROLEHAN TIDAK JEJAS OPERASI ATM
SUNGAI UDANG 26 Januari - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan berunding dengan kerajaan bagi memastikan pembekuan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...
