Sorting by

×

PANTAI PUTERI BERWAJAH BAHARU MENJELANG 2027

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PANTAI KUNDOR 8 Januari – Pantai Puteri yang menjadi antara lokasi tumpuan pelancong di negeri ini bakal berwajah baharu menjelang 2027.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim berkata, ia susulan pelbagai pembaharuan serta kerja naik taraf secara berperingkat bakal dilakukan untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung.

Beliau berkata, perkara itu akan direalisasikan selepas projek tambakan pantai yang bermula pada 2024 dianggarkan siap dalam tempoh dua tahun dan dijangka selesai pada pertengahan tahun ini.

“Apabila selesai projek tambakan bagi menangani hakisan, kita akan teruskan dengan perancangan pembangunan Pantai Puteri yang sudah dirangka sejak 2023.

“Untuk itu bermula pertengahan 2026 pembangunan dan kerja naik taraf di sekitar Pantai Puteri akan dilaksanakan secara berperingkat dan apabila 2027 kawasan ini akan berwajah baharu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6262612984374954941
ADUN Pantai Kundor Tuminah Kadi @ Mohd Hashim. Foto Afiq Mustaffa

Tuminah yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, menerusi pelan pembangunan yang dirancang itu, kawasan Pantai Puteri bukan sahaja dilengkapi dengan kios makanan dan jualan, malah bakal memiliki pelbagai tarikan baharu.

“Apabila selesai sepenuhnya, Pantai Puteri bukan sahaja lokasi untuk beriadah bersama keluarga tetapi akan mempunyai tapak perkhemahan serta beberapa aktiviti ‘outdoor’ lain.

“Dengan penambahbaikan dilakukan pastinya Pantai Puteri bakal menjadi lokasi pilihan pelancong dan pengunjung kerana berada dalam keadaan lebih teratur serta selesa untuk dikunjungi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

552
Kongsi :
Previous post LAMAN WEB MUDAHKAN WARGA KUALA LINGGI
Next post ‘GEROBOK REZEKI’ MAIM BANTU RAKYAT TERPUTUS BEKALAN MAKANAN