Sorting by

×

PARAKOM KENDALIKAN 474 KES KECEMASAN SEPANJANG 2025

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 18 Januari – Sukarelawan Paramedik Komuniti Melaka (PARAKOM) telah merawat seramai 474 pesakit menerusi pelbagai program dan ‘medical standby’ di sekitar negeri ini sepanjang 2025.

Penyelia PARAKOM, Saiful Nizam Sairi, berkata pasukan itu terlibat dalam 76 program berskala besar, termasuk anjuran Kerajaan Negeri Melaka sepanjang tahun lalu.

Beliau yang juga Ketua Perkhidmatan Pra Hospital dan Ambulans Hotspot, St. John Ambulans Malaysia, berkata kes yang dikendalikan merangkumi kecederaan ringan hingga kecemasan serius.

“Sepanjang 2025, PARAKOM telah merawat seramai 474 pesakit membabitkan kecederaan ringan, parah dan kecemasan serius dengan tindakan pantas serta profesional oleh sukarelawan PARAKOM

“Kes-kes ini melibatkan pelbagai program dan liputan perubatan yang disertai PARAKOM sekitar Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Stesen Pertolongan Cemas (First Aid Station) Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Saiful Nizam berkata kecekapan sukarelawan PARAKOM turut menerima pengiktirafan apabila ada mangsa serta penganjur program tampil menzahirkan penghargaan terhadap tindakan pantas pasukan itu.

“Kecekapan PARAKOM bukan sahaja mendapat pujian daripada penganjur program, malah mangsa yang menerima rawatan turut menghargai kecekapan dan kepantasan pasukan dalam memberi bantuan kecemasan.

“PARAKOM sentiasa menitikberatkan integriti, disiplin dan profesionalisme dalam mengendalikan kes kecemasan, tidak kira lokasi atau keadaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

357
Kongsi :
Previous post AKTIVITI TIDAK BERMORAL, LANGGAR DISIPLIN ATM AMBIL TINDAKAN DALAMAN
Next post UMNO MELAKA BAWA SUARA RAKYAT, ZAHIR KOMITMEN HADAPI PRU KE-16