Sorting by

×

PARAKOM MELAKA ‘TURUN ILMU’ PADA WAKIL ST. JOHN AFRIKA SELATAN DAN PULAU PINANG

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDA HILIR 10 Jun – Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) mengangkat Melaka sebagai lokasi pelancongan selamat dan mesra pelawat menjadi ikutan organisasi perkhidmatan perubatan tempatan serta luar negara.

Penolong Pegawai Perubatan U36 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Zainal Haris berkata, ia berikutan kecekapan tindak balas terhadap sebarang kecemasan luar jangka terutama melibatkan kawasan tumpuan pelancong.

Katanya, baru-baru ini pihaknya menerima kunjungan daripada delegasi St. John Afrika Selatan dan St. John Ambulans Pulau Pinang berminat mempelajari ilmu PARAKOM.

“PARAKOM menerima kunjungan Ketua Pegawai Staff St. John Afrika Selatan, Dr. A. Francis bersama-sama dua anggota St. John Ambulans Pulau Pinang ke Stesen Pertolongan Cemas Zon Bebas Kenderaan baru-baru ini.

“Lawatan ini memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, MBMB dan St. John Ambulans Malaysia dengan objektif utama adalah untuk meningkatkan keselamatan pelancongan di kawasan tumpuan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata kehadiran delegasi terbabit untuk mempelajari dan melihat sendiri pelaksanaan PARAKOM bersama pendekatan inovatif yang dilakukan di kawasan tumpuan.

“Objektif utama kehadiran delegasi tersebut untuk mempelajari kaedah PARAKOM meningkatkan keselamatan pelancong melalui pendekatan inovatif ambulans buggy; butang kecemasan (panic button); Skuter Elektrik Paramedik dan penglibatan aktif PARAKOM sebagai barisan hadapan kecemasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

517
Kongsi :
Previous post 4,375 VAKSIN COVID-19 MASIH TERSEDIA DI MELAKA
Next post KEJOHANAN FUTSAL MEDAN DENGAR ASPIRASI BELIA GADEK