Sorting by

×

PARKIR PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI DIJANGKA GAMIT PELANCONG KE MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 12 Mac – Inisitif parkir percuma dilaksanakan Kerajaan Negeri besempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri mampu menggamit lebih ramai pengunjung dan pelawat untuk ke Melaka.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron berkata, secara keseluruhan setakat ini terdapat sebanyak 14,380 petak parkir dalam kawasan pentadbiran MPHTJ.

“Lokasi petak parkir ini pula terletak berhampiran atau dalam kawasan tumpuan pelancongan, premis perniagaan dan komersial, sepanjang tujuh hari bermula 1 hingga 7 Syawal tiada bayaran dikenakan.

“Meskipun parkir percuma sepanjang tempoh berkenaan orang ramai diminta supaya patut kepada undang-undang dan peraturan yang sudah ditetapkan, usaha risau berhubung aspek keselamatan kerana pasukan penguatkuasa MPHTJ tetap melaksanakan rondaan berjadual,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2026 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) Datuk Mohamad Azmi Sabtu; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

559
Kongsi :
Previous post HARI RAYA LEBIH MERIAH DI MELAKA WONDERLAND
Next post JIRAN PEMURAH JENTIK HATI CEF AMANN TEOH PELUK ISLAM