Sorting by

×

‘PARKLAND AVENUE BY THE SEA’ BANGUNAN IKONIK MELAKA DENGAN ‘SKY GARDEN’ TERTINGGI

Masa Membaca:1 Minit, 52 Saat

KOTA LAKSAMANA 21 Januari – Parkland Avenue By The Sea merupakan projek pembangunan bersepadu terbesar dan ikonik di Bandaraya Melaka dengan menawarkan lebih 100 kemudahan bertaraf premium serta ‘Sky Garden’ tertinggi di negeri ini.

Pengarah Urusan Parkland Group Datuk Victor Tan berkata, projek itu merangkumi dua blok pangsapuri servis, sebuah menara pejabat setinggi 15 tingkat serta pusat beli-belah komuniti yang dibangunkan di atas kawasan seluas 1.46 hektar.

“Ini merupakan antara projek integrasi terawal di Melaka yang menggabungkan tiga elemen utama iaitu kediaman, komersial dan pusat komuniti dalam satu pembangunan.

“Ia melibatkan dua blok servis apartmen dan satu blok menara pejabat 15 tingkat serta pusat beli-belah komuniti,” katanya kepada pemberita selepas mAJLIS ‘Topping Out Ceremony’ di Parkland Avenue By The Sea, Kota Laksamana di sini, hari ini.

Menurutnya, ia merupakan kondominium pertama di Melaka yang turut menawarkan kemudahan eksklusif termasuk taman tema air (tingkat sembilan), gimnasium, laluan pejalan kaki, gelanggang bola keranjang, kolam renang serta pelbagai fasiliti rekreasi lain.

“Lokasinya sangat strategik, terletak bersebelahan Jalan Jonker yang terkenal menjadikannya kondominium paling dekat dengan Jonker Street.

“Hanya 10 hingga 15 minit berjalan kaki dan terdapat laluan berbumbung khas yang bersambung terus ke Melaka River Walk, Jonker Street dan 10 tarikan pelancong utama Melaka.

“Pusat beli-belah di tingkat bawah juga paling mewah di Melaka yang menempatkan Pasaraya ‘Village Grocer’, kafe serta pelbagai jenama terkenal lain dan rangkaian makanan serta minuman (F&B),” katanya.

6307432948088639452
GIMIK perasmian Majlis ‘Topping Out Ceremony’ Parkland Avenue By The Sea. Foto Afiq Mustaffa

Menariknya, Victor berkata projek ini turut menampilkan ‘Sky Garden’ tertinggi di Melaka terletak di aras 51, menjadikannya mercu tanda baharu negeri bersejarah ini.

“Kita juga memberikan privasi sepenuhnya kepada pemilik dengan memisahkan unit kediaman di menara B (434 unit), manakala unit ‘Air BnB’ bagi penginapan jangka pendek di menara A (730 unit),” katanya.

Mengulas mengenai kemajuan projek, Victor menjangkakan bangunan ini siap sepenuhnya pada hujung tahun 2026.

“Kita jangkakan dalam tempoh lapan bulan lagi, projek ini akan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) menjelang akhir Oktober 2026.

“Penghuni dijangka boleh mula menduduki bangunan ini sebaik CCC diperoleh, dengan sasaran kemasukan seawal hujung tahun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

293
Kongsi :
Previous post BEKAS PTD DAN ISTERI AKAN DIDAKWA ESOK, BEKAS PAT PADA JUMAAT
Next post PORTUGAL IKTIRAF MELAKA NEGERI UNIK, KAYA KEPELBAGAIAN BUDAYA