
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
IPOH 9 Ogos – Tindakan sepasang kekasih mencuri motosikal di daerah Parit Buntar akhirnya membawa padah apabila mereka ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
Beliau berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki berumur 36 tahun yang kehilangan sebuah motosikal di rumahnya pada hari yang sama.
“Polis menemukan semula motosikal yang dilaporkan hilang itu dan kenderaan itu ada pada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Juna berkata suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek wanita turut mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan kes sama.
Suspek wanita itu baru dua hari dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian atas kesalahan dadah dan dalam tempoh jaminan sementara menunggu hari perbicaraan .
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
