
Pasangan kekasih ditahan bantu siasatan kes penemuan janin
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes penemuan janin di dalam tandas sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak di sini Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata lelaki dan wanita berusia 27 tahun itu ditahan di pekarangan Hospital Tuanku Azizah, di sini pada 12.15 tengah malam semalam.
“Mereka ditahan ketika wanita terbabit menerima rawatan di hospital itu akibat pendarahan serius. Kedua-duanya direman hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AUNM 2026 PENTAS TERTINGGI IKTIRAF USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 13 Jun – Lebih 100 usahawan dari seluruh Melaka telah mengemukakan permohonan bagi merebut peluang untuk dinobatkan sebagai penerima...
MELAKA ANJUR LEBIH 400 PROGRAM PERPADUAN, PUPUK KEHARMONIAN KAUM
PENGKALAN BATU 13 Jun - Sejak 2023 hingga 2026, lebih 400 program dan aktiviti berteraskan perpaduan telah dianjurkan di Negeri...
WRUR JADI PLATFORM PEMUDAH CARA HIDUP RAKYAT
KESIDANG 13 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bukan sekadar platform mendengar aduan...
MELAKA PERUNTUK RM72.4 JUTA PERKASA WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI
PENGKALAN BATU 13 Jun - Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan sosial apabila memperuntukkan sebanyak RM72.4 juta bagi...
KAD RAHMAH MEDIPULIH BANTU RINGANKAN KOS RAWATAN
KESIDANG 13 Jun - Inisiatif Kad Rahmah Bloom Mekar oleh Klinik MediPulih diperkenalkan bagi membantu golongan B40 dan warga emas...
RM1 JUTA NAIK TARAF RUMAH PANGSA DUN KESIDANG
KESIDANG 13 Jun – Kualiti hidup ribuan penduduk rumah pangsa di DUN Kesidang terus menjadi keutamaan apabila kawasan itu menerima...
