Sorting by

×

PASAR MALAM TAMAN RAMBAI UTAMA KEKAL JADI TUMPUAN SELEPAS DUA DEKAD

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

PAYA RUMPUT 12 Februari – Selepas dua dekad Pasar Malam Taman Rambai Utama, masih menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan keperluan dapur, aneka makanan dan minuman serta pelbagai lagi produk lain ditawarkan.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan pasar malam beroperasi setiap Rabu itu antara nadi menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi sekitar Taman Rambai Utama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, setiap minggu pasar malam itu menarik perhatian lebih 400 pengunjung dalam kalangan penduduk tempatan.

Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, Pasar Malam Taman Rambai Utama tetap mempunyai keunikannya yang tersendiri walaupun tidak sepanjang Pasar Malam Taman Rambai Jaya atau menggamit nostalgia seperti Pasar Malam Taman Bertam Jaya yang sudah berusia tiga dekad.

“Tapak ini melibatkan 90 peniaga berlesen yang menawarkan pelbagai produk, pengunjung pula bukan sahaja dalam kalangan komuniti sekitar tetapi ada yang datang dari Alor Gajah.

“Kewujudan pasar malam ini sudah pasti akan terus relevan, berdasarkan maklum balas daripada peniaga mereka berpuat hati dengan jumlah kedatangan pengunjung yang tidak putus meskipun ketika keadaan cuaca tidak menentu.

“Terdapat peniaga memaklumkan kepada saya bahawa caj tapak dianggap berpatutan, manakala pengunjung kelihatan gembira jika diukur melalui ‘happiness index’, harga juga berbaloi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Walkabout Pasar Malam Taman Rambai Utama Sempena Karnival Demi Paya Rumput, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Muhammad Firdaus Shariff dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Datuk, Shamsudin Mohamad serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Rais berkata menerusi maklum balas peniaga di pasar malam terbabit, beliau mendapati rata-rata peniaga menzahirkan rasa puas hati dan tiada isu besar yang dilaporkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

433
Kongsi :
Previous post HOHO CRUISE SUNGAI MELAKA PACU KONSEP ‘PAY LESS SEE MORE’
Next post MPHTJ RAIH 27 ANUGERAH BANDAR RENDAH KARBON 2025