Sorting by

×

PASAR TANI DURIAN DAUN BAWA KONSEP ‘PROMOSI KHAS’ SETIAP MINGGU

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DUYONG 15 Januari – Pasar tani Jalan Durian Daun berkonsepkan ‘alternate promo’ dijadualkan mula beroperasi Februari nanti, sekali gus memudahkan penduduk sekitar mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan dan segar dari ladang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, pasar tani itu akan menghimpunkan sekitar 15 hingga 20 peniaga dan berkonsepkan berselang-seli atau bergilir-gilir mengikut barangan asas pada setiap minggu.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, cadangan tapak pasar tani di Jalan Durian Daun itu akan dilaksanakan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Antara dicadangkan ialah empat hingga enam peniaga makanan dan minuman, tujuh hingga 10 peniaga menawarkan barangan asas seperti ayam, daging, ikan, barangan runcit, sayur-sayuran, buah-buahan serta telur.

“Pasar tani ini akan beroperasi setiap Sabtu atau Ahad kecuali pada minggu berlangsungnya program Jualan Rahmah di perkarangan Masjid Fat’hur Rahman, Pengkalan Rama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mohd Noor Helmy berkata, percubaan pelaksanaan pasar tani berkenaan akan melibatkan tempoh tiga hingga empat bulan bagi melihat sambutan orang ramai.

Katanya, dianggarkan 500 hingga 1,000 penduduk sekitar seperti Durian Daun, Pengkalan Rama Tengah, Bukit Serindit dan Bukit Cina akan memperoleh manfaat hasil pelaksanaan inisiatif berkenaan.

“Kita bulan sahaja menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan, namun turut membantu peniaga kecil menjana pendapatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post BOM 227KG MASIH AKTIF DITEMUI DI JASIN
Next post DR. AKMAL LETAK JAWATAN EXCO MELAKA