
PASAR TANI SUNGAI RAMBAI FOKUS PRODUK TEMPATAN
SUNGAI RAMBAI 8 Januari – Pasar tani di Sungai Rambai akan terus beroperasi dengan fokus kepada pengumpulan hasil pertanian serta produk tempatan anak Melaka.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Datuk Siti Faizah Abdul Azis, pasar tani yang dikendalikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu akan ditempatkan di sebelah Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Sungai Rambai arah Selatan.
“Pasar tani ini bagi memudahkan akses penduduk dan pengunjung sama ada dari Melaka ada Johor untuk mendapatkan produk-produk segar tempatan.
“Malah pada masa sama, ia dapat membantu meningkatkan ekonomi petani setempat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Siti Faizah memaklumkan, pihaknya bersama agensi berkaitan juga akan menaik taraf pintu masuk ke Negeri Melaka dari Johor dalam menyambut ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2.0.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA MAUT KEMALANGAN KERETA DI JALAN SERKAM–BEMBAN
JASIN 27 Februari – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Serkam–Bemban, di sini, petang semalam. Ketua...
‘JANGAN JUAL SEMULA MAKANAN TIDAK HABIS’
KESIDANG 27 Februari – Peniaga di pasar Ramadan diingatkan supaya tidak menjual semula makanan yang tidak habis pada hari sebelumnya...
MPAG AGIH LEBIH 2,000 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
LENDU 27 Februari - Lebih 2,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada Program Imarah Ramadan Majlis Perbandaran Alor...
OPERASI PASAR RAMADAN MELAKA BERJALAN LANCAR TANPA SEBARANG ISU
LENDU 27 Februari - Operasi pasar Ramadan seliaan semua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka setakat ini berjalan lancar...
JKDM MELAKA TUMPASKAN KEGIATAN SELUDUP E-SISA, ROKOK BERNILAI RM1.84 JUTA
MELAKA 26 Februari - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menumpaskan kegiatan penyeludupan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) serta rokok...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI LIMA MANGSA KEBAKARAN DI RAUB
RAUB 26 Februari - Polis telah mengenal pasti identiti lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah...
