Sorting by

×

PAYA RUMPUT PESAT MEMBANGUN, ISU KESESAKAN JADI FOKUS RAIS

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PAYA RUMPUT 20 Februari – Menyelesaikan isu kesesakan di sebalik pembangunan pesat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara aspirasi Datuk Rais Yasin jika terus diberi peluang berkhidmat kepada rakyat.

Menurut beliau, sebagai sebuah bandar baharu dan menjadi kawasan pilihan bagi penempatan orang ramai, kawasan itu mula terpalit dengan masalah jalan raya yang sibuk terutamanya pada waktu puncak.

Namun, beliau bersyukur kerana sepanjang kepimpinannya, beberapa projek mengatasi kesesakan telah diluluskan, antaranya Pusingan U Bertingkat (Elevated U-Turn) Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dari Persimpangan Pulau Gadong hingga ke Persimpangan Cheng Perdana.

Selain itu, ujarnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka juga meluluskan RM4.1 juta bagi menaik taraf persimpangan Paya Rumput Perdana yang sering berdepan kesesakan luar biasa pada waktu puncak.

“Jadi, bukan sahaja di kawasan ini, malah masalah kesesakan di kawasan-kawasan lain dalam DUN Paya Rumput juga akan saya beri perhatian kerana dalam pembangunan pesat yang berlaku, masalah yang membelenggu rakyat perlu diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam wawancara khas bersama Melaka Hari Ini.

Menurut Rais, selain kesesakan, pelbagai lagi visi dan aspirasi memacu kemajuan Paya Rumput akan terus direalisasikan sekiranya rakyat terus memberi sokongan dan mandat untuk mentadbir kawasan tersebut.

Jelas beliau, sepanjang lima tahun bergelar Adun Paya Rumput, kesemua lapan manifesto atau aku janji yang ditawarkan kepada rakyat telah berjaya diselesaikan, sekali gus mencerminkan komitmen jitu beliau demi rakyat untuk rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

441
Kongsi :
Previous post TUJUH HARI BERNIAGA, 90 PERATUS PENIAGA BAZAR IKONIK SUDAH PULANG MODAL
Next post PERSATUAN SUKAN DIMINTA KEMUKA ‘LONGLIST’ ATLET SUKMA 2026 SEBELUM 22 FEBRUARI