
Pecah amanah: Bekas penjawat awam, kontraktor ditahan SPRM
SANDAKAN, 18 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas penjawat awam dan seorang kontraktor berhubung kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan satu kontrak bernilai kira-kira RM63,000.
Menurut sumber, kesalahan terbabit dipercayai melibatkan sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Sandakan yang dilakukan pada tahun 2018 dan 2019.
Bekas penjawat awam berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan kedudukannya untuk melantik kontraktor yang merupakan suspek berusia 41 tahun sebagai pembekal produk berasaskan lebah, haiwan ternakan dan program lain.
Syarikat kontraktor itu dimiliki oleh saudara penjawat awam tersebut yang ditahan bersama kontraktor terbabit semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan untuk membantu siasatan.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika mengesahkan penahanan itu berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan
Beliau berkata kedua-dua lelaki telah dibebaskan atas jaminan SPRM dan dijadualkan untuk didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini pada 21 April ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...

