Sorting by

×

PEKERJA KILANG CEMAS, STOR PENYIMPANAN BAHAN KIMIA TERBAKAR

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Pekerja sebuah kilang pembuatan cemas selepas stor penyimpanan bahan kimia di premis tersebut tiba-tiba terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.

Panggilan kecemasan membabitkan kebakaran kilang yang terletak di Batu Berendam, itu diterima pasukan bomba pada jam 1.07 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Alor Gajah bersama 26 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati api sedang marak.

“Kebakaran membabitkan bahagian luar premis yang dijadikan stor tempat penyimpanan bahan kimia yang berkeluasan kira-kira 40×60 kaki persegi.

“Kejadian itu memusnahkan 80 peratus stor penyimpanan dan bomba turut mendapat bantuan pemadaman daripada pasukan ERT (Emergency Response Team) kilang berkenaan,” katanya.

Menurutnya, selepas kebakaran berjaya dipadam pasukan bomba kemudian menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada sebarang pencemaran bahan kimia berlaku di lokasi kebakaran.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.33 petang selepas pasukan bomba mendapati tiada sebarang kemerbahayaan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1637
Kongsi :
Previous post BENIH PADI MELAKA MURAH, HASIL BERKUALITI, TUAIAN MENINGKAT