Sorting by

×

PELANCONG PUAS HATI, MELAKA KEKAL DESTINASI PILIHAN

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDA HILIR 5 Januari – Kehadiran pelancong sempena musim cuti persekolahan sekitar lokasi tumpuan di Melaka terus merekodkan sambutan menggalakkan

Tinjauan Melaka Hari Ini di perkarangan Menara Taming Sari mendapati rata-rata pelancong yang hadir meluahkan rasa puas hati terhadap suasana serta kemudahan yang disediakan.

Img 20260105 wa0004
NOOR Nazilahwati bersama suami Ahmad Sabri Abdul Manap, 42 dan keluarga yang bercuti di Negeri Melaka. Foto Afiq Mustaffa

Pengunjung dari Kelantan, Noor Nazilahwati Ibrahim, 41, berkata Melaka sentiasa menjadi pilihan utama untuk bercuti bersama keluarga kerana pelbagai tarikan menarik ditawarkan dalam satu kawasan.

“Kunjungan kali ini merupakan kali ketiga kami sekeluarga datang ke Melaka, setiap kali datang ke Melaka memang tak bosan sudah banyak yang berubah.

“Banyak tempat boleh dilawati dan sesuai untuk semua peringkat umur. Saya, suami dan anak-anak memang suka suasana di sini, orang ramai mesra dan makanannya sangat menarik.

“Melaka sentiasa menjadi pilihan kerana kepelbagaian tarikan pelancongan yang mudah diakses serta sesuai untuk seisi keluarga,”ujarnya.

Img 20260105 wa0003
MOHAMED Fakhrul Islam bersama keluarga. Foto Afiq Mustaffa

Dalam pada itu, pelancong dari Johor Bahru, Johor, Mohammed Fakhrul Islam Roshdi, 31, menyifatkan Melaka sebagai destinasi unik yang menggabungkan elemen sejarah, budaya dan moden dalam satu bandar.

“Kami sudah berada di Melaka sejak kelmarin kerana ada perkahwinan saudara di sini jadi ambil kesempatan membawa anak-anak dan mentua bercuti ke Melaka.

“Hasrat hati nak bawa keluarga menyelusuri Sungai Melaka menerusi bot Melaka River Cruise, tapi ada yang bagi pandangan suasana malam lebih menarik, jadi siang hari ini kami berjaya cuci mata di sekitar Banda Hilir,” katanya yang bercuti bersama hampir 20 ahli keluarga keseluruhan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

464
Kongsi :
Previous post SASARAN 650,000 PENGUNJUNG ‘NAIK MENARA TAMING SARI’ SEPANJANG 2026
Next post TIGA DITAHAN MILIKI SENJATA API TANPA LESEN DI JASIN